Thursday, May 28, 2009

5 JENIS SABAR

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud:

"Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi. Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Tuesday, May 26, 2009

SELSEMA BABI & TUALA WANITA

Ketika sedang memandu kelmarin, saya tertarik dengan laporan berita dari pusat berita radio nasional pada jam 5 petang. Antara berita yang dilaporkan adalah isu berkaitan selsema babi di Jepun. Menurut pembaca berita tersebut, topeng penutup mulut sudah habis di Jepun gara-gara gejala selsema babi. Akibatnya, rakyat Jepun kini mungkin akan menggunakan tuala wanita sebagai alternatif untuk menutup mulut dan hidung mereka.

Bunyinya agak menarik dan lucu. Pada saya, ada 2 kemungkinan yang menyebabkan topeng penutup mulut amat laris di Jepun. Pertama, mungkin rakyat Jepun sangat mengambil berat terhadap kesihatan mereka apatahlagi selsema babi merupakan penyakit yang membawa maut. Kemungkinan kedua, mungkin juga rakyat Jepun sangat takut kepada penyakit yang membawa maut ni. Barangkali terdapat kemungkinan lain yang saya sendiri kurang pasti.
Semenjak penyakit ini mula dikenali di Malaysia, saya berasa lucu dan jijik dengan selsema babi. Saya rasa lucu sebab tak sangka ada penyakit yang namanya selsema babi. Teringat pula nama kutu babi dalam filem P Ramlee. Rasa jijik dengan selsema ni sebab ianya datang dari binatang najis mughallazah. Mulanya ia dikenali dengan nama selsema babi. Entah kenapa tiba-tiba ada pak menteri yang minta supaya jangan guna nama selsema babi tapi guna istilah influenza A H1N1.Walau apapun namanya, ia tetap merupakan penyakit merbahaya yang membawa maut. Inilah antara hukuman dan peringatan yang Allah taala berikan kepada manusia. Jangan kita lupa kisah Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a'laihissalam.
Allah telah menghantar mahkluk yang lemah iaitu nyamuk kepada raja yang zalim dan bongkak. Nyamuk ini telah memasuki lubang hidung Namrud dan memakan otaknya. Akhirnya Namrud mati hanya kerana seekor nyamuk.
Itulah peringatan daripada Allah kepada hambaNya.

Monday, May 25, 2009

KITA BERTANYA & AL-QURAN MENJAWAB



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orangorang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3




KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ." - Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."- Surah Yusuf ayat 12

UPIN & IPIN

jom tengok upin & ipin yang real
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

rupanya memang ada sungguh budak nama upin & ipin ni.....

Sunday, May 24, 2009

IKLIM POLITIK SEKARANG

Disebalik porak perandanya iklim politik sekarang, pandanglah disekeliling kita, mana satukah jemaah/organisasi/ parti yang berteraskan Islam yang syumul (menyeluruh) .......

Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka berjihad pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orangyang mencela.” (Surah al-Maidah: 54)

Ini sifat-sifat jamaah Islam. Saksikan sendiri jamaah manakah yang mempunyaisifat ini. Jika perjuangan jamaah itu hanya untuk menegakkan syiar Islamsahaja, tidak mahu melaksanakan Islam sepenuhnya, sebagaimana termaktub didalam al-Quran dan hadith, itu bukan jamaah Islam. Jika jamaah itu berani berdepan dengan orang Islam sahaja tetapi takutberdepan dengan orang bukan Islam, itu juga bukan jamaah Islam.
Begitu juga jika sekiranya jamaah itu hanya melaksanakan kerja-kerja mudahseperti menyuruh orang melakukan kebaikan, tidak mencegah kemungkaran.Itupun bukan jamaah Islam.
Perkara ini dinyatakan di dalam al-Quran dan bukan di dalam kitab yang dikarang ulama’. Di dalam surah al-Mujadilah, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hariakhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang(perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orng-orang yang menentang ituialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-mara merekaataupun keluarga mereka.” (Surah al-Mujadilah: 22)

Sunday, May 17, 2009

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.


Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah. Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.


Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.
Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.


"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.
"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.
"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya.

Thursday, May 14, 2009

ANTARA DIARI ISTERI & DIARI SUAMI...

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.
Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah, dia jawab, “Tak ada”.
Aku tanya apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, “Aku cinta kamu juga”.

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan menonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang…..
Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang…..


BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah. SIALLLLL!!!

Wednesday, May 13, 2009

SAMA KE ZAMBRY DENGAN MAHATHMA GANDHI?

Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.

Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya. Namun Zambry sekali lagi menegaskan bahawa beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah semalam.

"Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang, " katanya dalam satu kenyataan di laman blognya kelmarin.

Bagaimanapun, jelas Zambry, beliau dan rakan-rakannya yang lain akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela rakyat kerana ia adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.
SAMA KE ZAMBRY DENGAN MAHATHMA GANDHI?



Jom kita tengok.......



mmmmmmmmm....memang sama. Muka & warna kulit tu nampak sama sangat. Takda beza langsung.

Tuesday, May 12, 2009

FILEM HINDUSTAN DI PERAK?

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut Hakim Abdul Aziz Abd Rahim, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.


Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.
Memang gempak cerita ni, belum pun sejuk isu hangat berlaku dalam sidang DUN Perak baru-baru ini. Masih teringat bagaimana Speaker V. Sivakumar "diringi keluar" oleh pihak berkuasa. Dah macam cerita hindustan pula. Sudahlah panjang menarik pula. Sekejap menari di rel keretapi kejap menari di air terjun sambil bertukar-tukar baju.
(Sivakumar diusung keluar)



MB YB Nizar akan mengadap Raja Muda Perak esok pagi untuk pembubaran DUN bagi membolehkan pilihanraya baru di Perak. Sultan Azlan Shah berada di luar negara.Pembangkang Perak, BN seperti tiada jalan lain kecuali dengan membuat rayuan di Mahkamah. Jika Sultan bersetuju nak bubarkan DUN maka pilihanraya akan di buat di Perak.Jika DUN BN nak buat undi tak percaya kepada MB Nizar pun tidak boleh. Ini kerana status speaker Ganeson pun adalah diragui kesahihannya. Jika Zambry pun tidak sah apa lagi Ganeson.


Sanggupkah speaker Ganeson diheret keluar pula?Diharap dengan pilihanraya akan mendengar suara rakyat sebenar. Rakyat Perak nak pilih Zambry atau Nizar? Dan akan berakhirlah cerita hindustan yang hebat dan sama-samalah kita menanti siapakah heronya?

Thursday, May 7, 2009

Sempena Hari Ibu

ANTARA IBU DAN PASANGAN ANDA

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak


Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


BILA DAH ADA PASANGAN...

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku



Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Tuesday, May 5, 2009

Jom Tengok Piramid



Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama.
Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.

Di Mana Hati Mu

" Carilah Hatimu Sewaktu Membaca Al-Quran.

Jika Kau Tidak Temui...

Carilah Hatimu Ketika Mengerjakan Solat.

Jika Kau Tidak Temui...

Carilah Hatimu Ketika Kau Duduk Tafakur Mengingati Mati.

Jika Kau Tidak Temui Juga...

Berdoalah Kepada Allah, PINTA HATI YG BARU "............ .