قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم : إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوْا اللهَ وَكَبَّرُوْا وَصَلُّوْا وَتَصَدَّقُوْا
Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua bukti dari tanda-tanda kebesaran Allah ‘Azza wajalla, tidak terjadi gerhana itu disebabkan kematian dan tidak kerana lahirnya seseorang. Maka jika kamu melihat gerhana itu (matahari dan bulan), maka hendaklah kamu bermohon kepada Allah, mengucapkan takbir, bersembahyang dan bersedekah.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pada hari Isnin, 26 Januari 2009, matahari akan mengalami gerhana separa mulai jam 4.36 petang sehingga jam 6.59 petang. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk melaksanakan perkara-perkara berikut :

1- Mandi sunat gerhana sebelum melakukan solat sunat gerhana.
2- Solat sunat gerhana matahari.
3- Membaca khutbah gerhana.
4- Memperbanyakkan istighfar, zikir & doa.
Di saat manusia lain mendongak kepala ke langit untuk menyaksikan kebesaran Allah, marilah kita menundukkan wajah, sujud terhadap Pencipta Alam Semesta ini.
assalamualaikum, ust Helmi. ana teringat masa kali pertama solat gerhana matahari di Masjid Al Azhar tahun lepas, hampir2 terkeliru apabila selepas bangun drpd rukuk, imam meneruskan bacaan surah. harap2 hati2 lah ye :-D
ReplyDelete