Monday, February 9, 2009

PILIHAN RAYA KECIL DI DUN BUKIT SELAMBAU


Maklumat terbaru yang saya baru saja terima sebentar tadi tentang ADUN Bukit Selambau, beliau telah pun meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.


Selepas solat maghrib tadi, saya sempat menonton siaran berita Buletin Utama di TV3. Selain berita tentang kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, ada juga berita tentang ADUN Bukit Selambau yang sememangnya sedia panas sepertimana panasnya "Kerajaan Katak" di Perak. MB Kedah, Dato' Seri Ust Azizan b. Abd Razak mengumumkan tentang perletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah oleh Adun Bukit Selambau ini. Maklumat ini telah pun saya terima petang tadi sebelum disiarkan di media elektronik.


Selesai saya solat Isyak, seorang rakan wartawan yang sangat dipercayai, memaklumkan bahawa beliau baru saja keluar dari dewan di Seri Mentalon, kediaman rasmi MB Kedah. Isu terpanas yang dimaklumkan oleh beliau ialah Arumugam a/l Vengatarakoo telah meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga Adun Bukit Selambau.


Syukran buat informer yang memberikan maklumat ini.

1 comment: