Tuesday, February 24, 2009

Sibuk...

Kadang-kadang tak sempat nak buka blog sendiri. Apatah lagi nak update. Macam2 urusan yang terpaksa kita uruskan. Ada antara urusan tersebut melibatkan tanggungjawab dengan orang lain, ada juga urusan peribadi. Kadang-kadang banyak urusan kita tergendala disebabkan sikap suka menangguh kerja.
Akibatnya...kita merasakan kesuntukan masa. Waktu yang sedia ada ni tak mencukupi.
Sebab tu orang mukmin ni tak boleh pisah dengan Al-Quran. Setidak-tidaknya bacalah Al-Quran sekali dalam masa sehari.

Kata tok-tok guru, orang yang banyak baca Al-Quran, Allah taala sediakan baginya ruang waktu yang luas untuk melakukan kebaikan. Mmm...sudah pastilah nasihat orang-orang soleh ni mempunyai kebenaran. Kalau tak kerana keberkatan Al-Quran, tak mungkin ada insan yang mampu menjalankan tugas sebagai Menteri Besar disamping sebagai Mursyidul Am gerakan Islam, memberikan kuliah agama, menyebarkan risalah Islam di seluruh negara, juga menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.
Allahu Akbar! Hebatnya Al-Quran. Jom kita pakat-pakat baca Al-Quran.

1 comment:

  1. klik dulu
    http://sobahicairo.blogspot.com/2008/08/bahagi-masa-untuk-allah.html

    ReplyDelete