Monday, March 23, 2009

SETIAP PESAKIT AKAN MATI PADA HARI JUMAAT

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Mungkin makhluk halus ada menetap di situ. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur. Beberapa orang doktor memegang Risalah Surah Yassin dan Al-Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus. Masa berputar... pukul 08:00 pagi.. 08:30 pagi sehingga jam 09:00 pagi ...



tiba-tiba... .....



Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat. Makcik Timah masuk mendekati katil keramat tersebut dan terus mencabut soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. . vacuum cleanernya.. ..

No comments:

Post a Comment