Tuesday, May 12, 2009

FILEM HINDUSTAN DI PERAK?

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut Hakim Abdul Aziz Abd Rahim, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.


Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.
Memang gempak cerita ni, belum pun sejuk isu hangat berlaku dalam sidang DUN Perak baru-baru ini. Masih teringat bagaimana Speaker V. Sivakumar "diringi keluar" oleh pihak berkuasa. Dah macam cerita hindustan pula. Sudahlah panjang menarik pula. Sekejap menari di rel keretapi kejap menari di air terjun sambil bertukar-tukar baju.
(Sivakumar diusung keluar)



MB YB Nizar akan mengadap Raja Muda Perak esok pagi untuk pembubaran DUN bagi membolehkan pilihanraya baru di Perak. Sultan Azlan Shah berada di luar negara.Pembangkang Perak, BN seperti tiada jalan lain kecuali dengan membuat rayuan di Mahkamah. Jika Sultan bersetuju nak bubarkan DUN maka pilihanraya akan di buat di Perak.Jika DUN BN nak buat undi tak percaya kepada MB Nizar pun tidak boleh. Ini kerana status speaker Ganeson pun adalah diragui kesahihannya. Jika Zambry pun tidak sah apa lagi Ganeson.


Sanggupkah speaker Ganeson diheret keluar pula?Diharap dengan pilihanraya akan mendengar suara rakyat sebenar. Rakyat Perak nak pilih Zambry atau Nizar? Dan akan berakhirlah cerita hindustan yang hebat dan sama-samalah kita menanti siapakah heronya?

1 comment:

  1. rasanya kalau buat filem ni, boleh mencecah box office. (peringkat Perak je la)

    ReplyDelete