

Bunyinya agak menarik dan lucu. Pada saya, ada 2 kemungkinan yang menyebabkan topeng penutup mulut amat laris di Jepun. Pertama, mungkin rakyat Jepun sangat mengambil berat terhadap kesihatan mereka apatahlagi selsema babi merupakan penyakit yang membawa maut. Kemungkinan kedua, mungkin juga rakyat Jepun sangat takut kepada penyakit yang membawa maut ni. Barangkali terdapat kemungkinan lain yang saya sendiri kurang pasti.
Semenjak penyakit ini mula dikenali di Malaysia, saya berasa lucu dan jijik dengan selsema babi. Saya rasa lucu sebab tak sangka ada penyakit yang namanya selsema babi. Teringat pula nama kutu babi dalam filem P Ramlee. Rasa jijik dengan selsema ni sebab ianya datang dari binatang najis mughallazah. Mulanya ia dikenali dengan nama selsema babi. Entah kenapa tiba-tiba ada pak menteri yang minta supaya jangan guna nama selsema babi tapi guna istilah influenza A H1N1.Walau apapun namanya, ia tetap merupakan penyakit merbahaya yang membawa maut. Inilah antara hukuman dan peringatan yang Allah taala berikan kepada manusia. Jangan kita lupa kisah Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a'laihissalam.
Allah telah menghantar mahkluk yang lemah iaitu nyamuk kepada raja yang zalim dan bongkak. Nyamuk ini telah memasuki lubang hidung Namrud dan memakan otaknya. Akhirnya Namrud mati hanya kerana seekor nyamuk.
Itulah peringatan daripada Allah kepada hambaNya.
No comments:
Post a Comment