Friday, June 5, 2009

PROJEK KERAJAAN BN


"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN" biasanya ditulis dipapan tanda projek-projek dibawah pemerintahan kerajaan BN tak kira samada projek kecil mahupun projek mega. Papan-papan tanda tersebut adalah untuk menunjukkan hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang berkemampuan memberikan pembangunan kepada rakyat.

Namun dalam perlaksanaan projek, kejujuran memainkan peranan ke arah sesuatu kejayaan untuk mecapai matlamat yang sebenarnya. Tanpa kejujuran dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab akhirnya duit rakyat bernilai RM292 juta untuk sebuah pembangunan projek mega akhirnya runtuh di Gong Badak yang mengakibatkan kemusnahannya 50 peratus daripada strukturnya musnah. Amat memalukan negara, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Sementara itu, kerajaan negeri pula akan melantik perunding bebas yang benar-benar berkemampuan dan mendapatkan maklumat dari Jabatan Kerja Raya bagi mengenalpasti punca kejadian yang mana kerugian dianggar RM25 juta. Kerajaan negeri dijangka terpaksa pula menambah kos untuk perunding bebas dari luar negara. Begitulah kaedahnya duit rakyat dibelanjakan hasil dari 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL".


Apa lagi SPRM tunggu..??

1 comment: