Wednesday, September 16, 2009

ADAB-ADAB MENYAMBUT AIDIL FITRI

Aidilfitri adalah masa untuk kita membuktikan ketakwaan. Ia selari dengan tujuan dan matlamat ibadat puasa itu sendiri. Tujuan dan hikmah Aidilfitri adalah untuk menzahirkan syiar Islam. Inilah masanya hubungan sesama manusia dipereratkan kembali. Syawal sepatutnya menjadi bulan kemaafan sesama manusia dengan menghulur tangan bersalam-salaman penuh keikhlasan. Inilah kesan madrasah Ramadan yang membentuk diri dan masyarakat berasaskan keimanan.

Madrasah Ramadan mendidik kita menjaga lidah, mata, menahan diri daripada marah, sabar dan membuang segala sifat tercela yang selama ini bersarang di hati. Justeru, janganlah kita rosakkan kebersihan jiwa yang terbina sepanjang Ramadan dengan melakukan kembali kejahatan zahir dan batin di Aidilfitri ini. Bukankah Aidilfitri itu membawa maksud kembali kepada fitrah? Justeru, mengapa harus kita kotor dan rosakkan kembali fitrah kita?

Adab - adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri

1.Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.

2.Mandi sunat hari raya.

3.Memakai bau-bauan harum.

4.Memakai pakaian yang paling baik.

5.Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.

6.Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya.

7.Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.

8.Bertakbir semasa berjalan ke masjid.

9.Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara-saudara muslim.

10.Menggelakkan pembaziran.

11.Menjauhi segala perbuatan maksiat dan sia-sia.

No comments:

Post a Comment