Wednesday, September 2, 2009

ADAKAH LAILATUL QADAR BERLAKU PADA 17 RAMADHAN (MALAM NUZUL AL-QURAN)?

Nuzulul Quran adalah waktu turunya Al-Quran yang bertepatan dengan malam yang disebut Lailatul Qadar. Allah SWT menurunkan Al-Quran pada Lailatul Qadar. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surat Al-Qadr ayat 1-5. Namun begitu, Nuzulul Quran sering diperingati pada malam 17 Ramadhan, sementara umum mengetahui bahawa malam Lailatul Qadar jatuh pada sepertiga malam yang terakhir bulan Ramadhan. Mengapa terdapat perbezaan?

Allah SWT berfirman :"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (QS. Al-Qadr 1-5).
Para ulama berbeza pendapat tentang dhamir “hu” atau kata ganti yang merujuk kepada Al-Quran dalam ayat pertama. Apakah Al-Quran yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah keseluruhannya, ertinya Allah SWT menurunkan Al-Quran sekaligus dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul Qadar, ataukah sebahagiannya, iaitu Allah SWT menurunkan pertama kali Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu surat Al-‘Alaq Ayat 1-5 pada malam Lailatul Qadar?

Dalam sebuah riwayat disebutkan, Ibnu Abbas RA menjelaskan bahawa Al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar keseluruhannya; kemudian barulah secara beransur-ansur diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. (HR. Ath-Thabrani).
Sementara itu Nuzulul Quran sering diperingati pada tanggal 17 Ramadhan dengan mengadakan pengajian atau tabligh akbar, dan bukan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini berdasarkan pendapat yang menyatakan bahawa pada waktu tersebut Rasulullah SAW berumur 41 tahun mendapat wahyu pertama. Iaitu surat Al-‘Alaq ayat 1-5 ketika baginda berkhalwat di gua Hira, Jabal Nur, kurang lebih 6 km dari Mekkah.

Nuzulul Quran yang diperingati oleh umat Islam yang dimaksudkan itu adalah sebagai memperingati turunnya ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW iaitu ayat 1-5 Surah Al-Alaq.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".

Adapun Lailatul Qadar merujuk kepada malam diturunkan Al-Quran dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah atau langit dunia. Diriwayatkan bahawa pada malam itu langit menjadi bersih, tidak nampak awan sedikitpun, suasana tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak panas.

1 comment:

  1. thanks...sebnanyer lame jgak cari jwpn ni..tp sbb wat konklusi sendiri...igtkan same...lain ropenyer...

    ReplyDelete