Tuesday, October 6, 2009

SYEIKH BADERUDDIN MUFTI NEGERI KEDAH

Sebagai anak murid, patut rasanya untuk saya ucapkan tahniah kepada guru saya yang telah dilantik sebagai Mufti Negeri Kedah yang baru iaitu Dato' Syeikh Baderuddin b. Hj Ahmad (gambar). Saya tak pasti bila tarikh beliau mula dilantik sebagai Mufti Negeri Kedah yang baru menggantikan Syeikh Hasbullah, tapi katanya sudah dua tiga bulan.

Saya mula mengenali Dato' Syeikh Baderuddin melalui suara beliau yang sering kedengaran di radio Kedah FM. Saya mula berguru dengan beliau apabila belajar di Kolej Universiti INSANIAH-KUIN (ketika itu hanya dikenali sebagai INSANIAH sahaja). Saya belajar dengan beliau ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadis selama 3 tahun.

Tahniah kepada Dato' Syeikh Baderuddin di atas perlantikan sebagai Mufti Negeri Kedah. Semoga beliau dapat menjalankan amanah ini dengan baik, insyaAllah.

1 comment:

  1. www.zacksatumalaysia@google.com.myMon Mar 08, 04:16:00 PM GMT+8

    Tahniah saya ucapkan kepada Mufti negeri Kedah Darul Aman yang baru. Saya Zaki pelajar KUIN dan juga adik kepada Nuha Binti Badruddin bekas pelajar Dato' Syeikh Baderuddin.No hp saya 014-2592515.

    ReplyDelete