Thursday, October 22, 2009

LAGI PERINGATAN DARI ALLAH...

Tatkala penduduk Malaysia digemparkan dengan berita tentang sejadah "berdiri" di Kelantan dan Kedah, ada peristiwa lain yang lebih menginsafkan telah berlaku di Daghestan.

MAKHACHKALA: Seorang bayi Daghestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.

No comments:

Post a Comment