Thursday, October 15, 2009

WANITA UMNO TUNTUT ENAKMEN ISLAM DIKUATKUASAKAN

Wanita Umno menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita. Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kesan negatif itu timbul apabila sesuatu hukuman yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak berjaya dijalankan.

Berucap di persidangan tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin, Shahrizat berkata, pengendalian beberapa kes penceraian, tuntutan nafkah penjagaan anak masih banyak yang tertangguh dalam tempoh lama.

Tambahnya, Wanita Umno mendapati kes syariah terutama bilangan kes mal yang melibatkan keluarga, masih merekodkan jumlah prosiding yang tinggi, dan ini menunjukkan wujud masalah dalam pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.Fenomena ini dapat dilihat dengan kes mal yang masih tertunggak di Mahkamah Syariah - dari 2005 hingga 2008 - sebanyak 41 peratus atau 5,350 kes daripada 12,839 kes tuntutan fasakh masih tertunggak.

Saya secara peribadi menyambut baik dan menyokong penuh apa yang telah disuarakan oleh Ketua Wanita Umno. Namun, kenapa hanya memperjuangkan hak-hak wanita sahaja? Kita mempunyai mempelbagai masalah dan isu-isu tertunggak yang belum mempunyai jalan penyelesaiannya. Masalah berkaitan keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini pun belum ada pihak berkuasa yang bersungguh-sungguh untuk menanganinya.

Mmmm...nampak gayanya, orang Islam sendirilah yang meruntuhkan Islam.

No comments:

Post a Comment