
Lalu nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tidak turun".
Seorang lelaki melihat ke kanan dan kiri. Tidak ada sesiapa pun yang tampil ke hadapan. Saat itu dia sedar bahawa dirinyalah yang dimaksudkan oleh nabi Musa a'laihissalam. Dia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia maka akan terbukalah rahsia aku. Kalau aku tidak berterus terang maka hujan pun tidak akan turun".
Hatinya pun gundah gulana. Air matanya mula menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil hatinya berdoa, "Ya Allah ! Aku telah melakukan maksiat kepada Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau telah menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada Mu, maka terimalah taubatku".
Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.
Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah ! Engkah telah turunkan hujan kepada kami, namun tiada seorang pun yang keluar di hadapan manusia".
Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun".
Nabi Musa berkata, "Ya Allah ! Tunjukkan padaku hamba Mu yang taat itu".
Allah berfirman maksudnya, "Ya Musa ! Aku tidak membuka aibnya, pada hal dia bermaksiat kepada Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada Ku".
Semoga cerita ini menjadikan kita sebagai hamba yang tidak menghina insan lain sesuka hati.
No comments:
Post a Comment