Wednesday, July 14, 2010

DAPATKAH CIKGU MAAFKAN?

Dalam kesibukan dengan tugas-tugas sebagai seorang pendidik, ditambah pula dengan bebanan pelbagai jawatan, memang meletihkan.

Lebih sakit kepala lagi apabila anak-anak murid melakukan kesalahan disiplin yang tak suka kita dengar.

Walaupun begitu, adakalanya kenalan anak-anak didik ni memang memenatkan. Tanpa kita duga, kenakalan mereka juga menghiburkan.

Lihatlah nakalnya seorang anak murid apabila gagal menyiapkan latihan/ kerja sekolahnya...


"Cikgu,

Terimalah pengakuan ikhlas ini,

Sesungguhnya bukan saya tidak siapkan kerja sekolah,

Tetapi kucing jiran kepada jiran saya sudah makan kertas latihan saya,

Dan untuk itu...

Cikgu,

Dapatkah cikgu memaafkan kucing jiran kepada jiran saya ?"

No comments:

Post a Comment