Sunday, February 13, 2011

MALAYSIA DAN MESIR SAMA?

Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.

NONE"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.

"Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat.

"Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya.


BN memahami permasalahan rakyat

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Najib berkata kerajaan memberi penekanan dengan memahami permasalahan rakyat dan menyelesaikan permasalah tersebut mengikut kehendak mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno di ibu negara petang ini.

Najib sebelum ini pernah memberi amran terhadap mana-mana pihak yang cuba merampas kuasa di negara ini menggunakan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir.

"Jangan beranggapan apa yang berlaku di sana mesti juga berlaku di Malaysia. Kita tidak akan benarkannya berlaku di sini,” katanya kepada akhbar The Star awal minggu ini.

Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.

No comments:

Post a Comment