Tuesday, March 8, 2011

SIAPA YANG SEPATUTNYA MERAYU ?

PUTRAJAYA 7 Mac - Sebanyak 16.6 juta saman polis masih gagal dijelaskan oleh pesalah trafik walaupun mereka berdepan risiko disenaraihitamkan selepas 10 Mac ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, hanya 700,000 saman atau empat peratus saman tertunggak dijelaskan sepanjang tempoh tempoh 1 Mac sehingga semalam.

''Walaupun kerajaan telah melanjutkan tempoh bayaran diskaun saman dari 28 Februari hingga 10 Mac ini tetapi masih ramai yang enggan menjelaskan saman tertunggak mereka.

''Kita merekodkan 17.3 juta saman polis pada 28 Februari lalu dan sehingga semalam, masih terdapat 16.6 juta saman yang belum dijelaskan.

''Saya menyeru pesalah-pesalah trafik ini supaya segera menjelaskan saman masing-masing sebelum nama mereka disenarai hitamkan," katanya pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya, Datuk Lee Chee Leong di sini hari ini.

sumber : utusan online

Mmm...minggu lepas heboh sangat dalam TV orang dok beratur panjang pakat pi bayar saman. Ingat ka kerajaan dah dapat banyak la duit. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang tak bayar.

Walaupun kerajaan lanjutkan tempoh sampai 10 Mac nanti, setakat la ni masih ada lagi 96 % saman tertunggak yang belum dijelaskan. Apa yang berlaku sebenarnya ? Sampai Timbalan Menteri Dalam Negeri nak kena merayu minta rakyat pakat-pakat bagi duit kat kerajaan.

Sapa yang tak kena ni, rakyat @ kerajaan ?

No comments:

Post a Comment