Tuesday, May 31, 2011

CERITA AKAD NIKAH

Sebuah kisah yang masuk ke email saya. Boleh dijadikan sebagai pengajaran buat insan-insan yang berakal...

Sahabat saya seorang Imam masjid, pendakwah dan juga seorang jurunikah di salah satu qariah di Ampang, Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.

Biasalah sebelum memulakan akad nikah, jurunikah akan meminta bakal suami memperbaharui syahadahnya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial-kial. Dia asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah-olah nak minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.

Dengan teragak-agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yang lintang pukang, telo, bahasa Bangla. Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila cek KP memang sah orang Melayu.

Berkali-kali jurunikah ajar dia mengucap dengan betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul. Macam mualaf aje. Lama kelamaan jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia. Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu...

“SAJA AKU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA ALLAH”.

Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.


Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid. Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dengan susah payah menahannya. Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda seperti ini yang tidak reti mengucap . Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment