Tuesday, June 21, 2011

KAPTEN JAMES YUSUF YEE

Kapten James Yusuf Yee seorang American-Chinese yang berkhidmat dengan tentera Amerika. Bila ditugaskan di penjara Guantanamo Bay pada tahun 2002, dia berazam mengubah persepsi buruk masyarakat Amerika tentang orang Islam yang dilabel sebagai pengganas. Tugas rasminya ialah untuk memberi nasihat kepada komander tentera di situ mengenai Islam dan amalannya. Tetapi tugas tersebut bukanlah mudah.

James Yusuf Yee telah menyaksikan bagaimana 700 banduan muslim (600 daripada mereka tidak bersalah) diseksa dan dihina. Al-Quran dipermainkan sebagai cara untuk membuat banduan ini mengaku tentang kesalahan yang tak pernah mereka lakukan. Bekalan air ditutup apabila waktu untuk solat tiba, pegawai tentera wanita Amerika dengan sengaja menanggalkan pakaian di hadapan banduan untuk "menguji" keimanan mereka. Ini antara bentuk tekanan yang diberi kepada banduan disamping penderaan fizikal yang melampaui batas. James Yusuf Yee menyifatkan orang Amerika telah mencabul perlembagaan negara sendiri dan juga nilai moral di dalam tentera; respect, honour, dignity dan integrity.

Apabila menyedari tentang keperihatinan James Yusuf Yee terhadap banduan Islam, dia telah dituduh sebagai pembelot dan tali barut Islam. Dia ditangkap dan dipenjarakan selama 76 hari dan tuduhan ke atasnya digugurkan. Tak cukup dengan itu beliau kemudian dituduh berzina dan menyimpan bahan porno. Sekali lagi tuduhan digugurkan kerana tiada bukti. Setelah menamatkan perkhidmatan dalam tentera James Yusuf Yee telah menulis sebuah buku mengenai pengalaman di penjara Guantanamo Bay dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dia masih lagi meneruskan perjuangan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Barat tentang Islam. James Yusuf Yee layak digelar sebagai salah seorang pejuang Islam moden.


Moga Allah terus memberkati usahanya...Amin.

No comments:

Post a Comment