Thursday, April 23, 2009

Lelong CAMRY untuk Penanti

Kerajaan Perak akan melelong semua 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan, mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 itu semuanya didaftarkan pada 9 Januari lalu.

Bayangkan banyak mana wang yang akan diperolehi hasil jualan kesemua kereta itu nanti?

RM 148,000 x 16 buah = ?

Saya cadangkan...sebahagian wang tu nanti boleh didermakan kepada SPR untuk tujuan PRK Dun Penanti. PM dok gaduh PRK ni banyak membazirkan wang rakyat. So, boleh la guna duit hasil jual Camry tu nanti untuk bertarung di Dun Penanti.

1 comment:

  1. x sayang mulut kaa....
    kami tetap sayang zambry...
    anak nelayan ... memang layak pakai perdana

    ReplyDelete