Thursday, June 25, 2009

KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PAS






Kenyataan Media
Mursyidul Am PAS
28 Jamadil Akhir 1430/ 22 Jun 2009

Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa yang dibesar-besarkan oleh media perdana. Kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik murahan UMNO.

Kami bersama-sama dalam satu saff yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair.

Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan diberhentikan serta merta sepertimana telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen jam 2.30 petang tadi yang menolak sepenuhnya idea Kerajaan Perpaduan.

Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.



YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Jam 6.00 petang

No comments:

Post a Comment