Sunday, June 14, 2009

SIRI 2 : SISTERS IN ISLAM

Pemikiran SIS

SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu. SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).

Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau “Enlightment” dimana kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.
Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan “darkage” (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke atas sosiopolitik Eropah.
Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syar`iah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam, menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat, Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).

Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang
menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam. Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak kerajaan sendiri.
SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam
menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima “maximum pleasure” adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem
kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan
berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari
keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.

No comments:

Post a Comment