Sunday, June 14, 2009

SIRI 3 : SISTERS IN ISLAM

Gerakerja SIS

Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, meperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam.
SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.


SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki. SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.
Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat
menggunakan media sebagai alat pendidikan.
Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan. Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.


Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan bersifat mencabar Islam termasuklah:
i. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.
ii. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December 1993.
iii. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005
iv. "Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005
v. “The State Has No Role in Policing Morality” bertarikh 23 Mac 2005

Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan. Seperti yang dapat dilihat dalam “Kempen Satu Suami Satu Isteri” yang digagaskan SIS, pelancarannya dilakukan sendiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud, beberapa tahun dahulu.

Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai
konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.

No comments:

Post a Comment