KEJUTAN yang dicetuskan oleh Aminah Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku `Qur`an And Woman`` dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah. Beliau seolah-olah menganjurkan penentengan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita.

Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York.
Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat
dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS. Dalam membincangkan tentang penyebaran
wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV
tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.
Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya
dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah
dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari
menyertai persidangan.
Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS. Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.
No comments:
Post a Comment