Sunday, June 14, 2009

SIRI 5 : SISTERS IN ISLAM

Siapa Zainah Anwar?

Zainah (gambar di bawah) merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan kewartawanan.
Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth
Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International
Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala Lumpur.
Dia juga pernah menerbitkan buku “Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students” yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini.
Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional
Melayu wanita yang tidak berkahwin. Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin
bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan
lelaki yang dianggap kolot.

“Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri
untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.Isteri terus dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan,” katanya.

Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan
bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami. Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003.
Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum
ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT.

“Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri,
dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat
hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian
suami,” katanya.

Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah
hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan kempat
sesuka hati.

Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah:
"'They have been socialized to accept that the religious authorities know best.'" Source:
Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34.
"'I don't see any contradiction in that.'" Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth,
"Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version.
“Well to me it’s a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to
wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think it’s important, and
faith imposed by coercion to me is not faith.” Zainah Anwar quoted when asked whether
SIS had gone far from the real teaching of Islam, www.umnoreform.
com/arkib_ogos.htm.

2 comments:

  1. Semoga Zainah Anwar ini diberikan petunjuk oleh ALLAH S.W.T. DAn sama2 kita berdoa agar kita dijauhkan ALLAH dari fahaman2 yang menyesatkan.

    ReplyDelete
  2. Nau'zubillahi min zalik....

    ReplyDelete