Sunday, October 11, 2009

BURUNG PIPIT BANTU PADAMKAN API


Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut. Ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.


Burung pipit itu terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit.



"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.



"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.



"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.



Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.



Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit itu berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran.



Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.




Apakah sumbangan kita pada hari ini untuk perjuangan Islam ?

1 comment:

  1. ak suka ceta ni.bnyk pngajaran yg ak dpt drpd burung ni.antara kisah yg bagi ak mmpu menaikkn smangat kita utk berjuang.ak rsa ceta ni wajib dceritakn d setiap sek2,tadik2 atau mna saja.cukupo mendalam.sejenak ak bertanya..betul..apa sumbangan ak setakat ni thadap islam?sedgkn burung ni ternyata lebih baik n berani dri ak wpun diri dlm bahaya.

    ReplyDelete