Wednesday, August 18, 2010

NAIK MOTOR BERLAINAN JANTINA SATU KESALAHAN

"Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang. Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat. Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)."

Inilah sebahagian daripada berita yang disiarkan oleh malaysiakini . Langkah yang diambil oleh IPG Ampuan Afzan ini memang wajar dipuji. Sepatutnya usaha yang murni ini wajar dicontohi oleh IPTA dan IPTS yang lain. Bahkan Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya menguatkuasakan peraturan ini di semua IPTA & IPTS.

Agak-agaknya...adakah mustahil jika undang-undang ini dikuatkuasakan di seluruh Malaysia ?

2 comments:

  1. "Maksiat boleh dihindarkan dengan cara lain. Jika dua orang bersama dalam kereka, kamu tak boleh serta-merta syak mereka buat perkara sebegitu. Kamu tidak boleh buat kesimpulan awal.

    "Bayangkan, kalau seorang anak gadis makan tengah hari dengan seorang budak lelaki, adakah mereka buat maksiat?

    "Jika kamu betul-betul sasarkan pada pelaku maksiat, mesti beri amaran keras pada mereka yang rosakkan imej sebuah institusi," katanya.

    Ini kata tim. menteri pelajaran Wee dlm Malaysia Kini. adakah wajar seorang bukan islam bercakap mengenai agama islam......"hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang boleh berlakunya zina"

    ReplyDelete