Salam Ramadhan. InsyaAllah kemungkinan besar umat Islam di Malaysia akan berpuasa mulai esok. Ahlan Ya Ramadhan !
Ramadhan yang mempunyai lebih dari 1001 rahsia, belum mampu disingkap kesemua rahsianya oleh kita selaku manusia awam. Barangkali iman kita lemah. Namun, yang pastinya kekuatan nafsu yang kita miliki menyebabkan kita terhijab dari melihat rahsia-rahsia ramadhan.
Dalam tempoh 30 hari iaitu selama sebulan Ramadhan kali ini, teringin saya nak lihat suasana yang berbeza di sekitar kawasan Merbok dan Sg. Petani, Kedah.
Minta-minta la semoga tahun ni takda lagi orang Islam yang buka kedai makan di siang hari untuk menjamu orang-orang Islam lain yang tak berpuasa. Dah banyak tahun saya dok pi ke Tupah (tempat perkelahan yang terletak di Merbok) untuk lihat gelagat orang-orang Islam yang tak puasa. Orang-orang pejabat agama pun pening kepala rasanya dengan puak-puak ni. Tiap-tiap tahun penguatkuasa pejabat agama Daerah Kuala Muda pi tangkap puak-puak ni. Tapi puak-puak ni tak mau berubah gak. Hebat sungguh tuntutan nafsu mereka!
Minta-minta juga la tahun ni takda lagi pusat-pusat karaoke terbuka beroperasi pada waktu malam yang bersepah di kawasan Merbok dan Sg. Petani. Setakat yang saya pantau, kebanyakannya takda lesen. Mereka beroperasi secara haram. Tapi MPSP nampaknya tak agresif langsung untuk atasi masalah yang sudah sekian lama menjadi buah mulut masyarakat setempat.
Mmmm...sebenarnya terlalu banyak isu-isu yang berkaitan dengan punca gejala sosial di sekitar Merbok dan Sg. Petani. Masyarakat yang prihatin dah berbuih mulut mengadu kepada pihak-pihak yang berkenaan. Mata pun dah naik juling. Tapi puak-puak yang berkuasa masih tak berasa apa-apa. Barangkali apa yang disuarakan oleh rakyat bukan merupakan suatu masalah bagi mereka.
Jadi, sebagai rakyat jelata yang takda apa-apa ni, apa yang kita boleh buat? Sekadar melihat saja? Terus berbincang dan jadikan sebagai isu hangat setiap malam di restoran-restoran Patani?
Kepada kawan-kawan dan pembaca yang prihatin, sila komen dan beri pandangan anda pada posting ni. Saya sendiri pun dah ada cadangan pandangan peribadi. InsyaAllah, setiap cadangan yang baik kita akan gabung dan cuba laksanakan.
Tuesday, August 10, 2010
RAMADHAN, NAFSU & SG. PETANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
رمضان كريم
ReplyDeletepasai orang xposa ni..masalah ni macam x boleh selesai..pejabat agama dok pi rush merata pon,kedai mamak bukak 24 jam..hat jenih makan kedai cina,lg up la..hat kedai mamak ni,kalau bulih kuat kuasa kedai muslim kena tutup time siang ka..
taun sudah,dengaq cerita,kot belah sungai tukang,siap bukak warung makan tengah hari gi..taun ni xtau la..sedih..
moga kita semua diberikan Allah hidayah..