Baru-baru ini kecoh di Sg. Petani, Kedah tentang sebuah signboard lucah pada sebuah premis perniagaan di Lot 88. Gambar perempuan lebih dari separuh bogel dipaparkan dengan besar di sebuah premis perniagaan yang konon-kononnya mampu melansingkan badan.
Setelah beberapa minit naiknya papan tanda tersebut, maka hebohlah dengan suara-suara prihatin sebahagian masyarakat Sg. Petani. MPSP dan Majlis Daerah dapat aduan bertalu-talu.
Atas dasar prihatin, pihak-pihak berkuasa yang berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya walaupun banyak hari juga papan tanda tersebut menjadi 'wayang percuma'. Kalau hari ni pi Lot 88 tu memang dah takda la papan tanda tu.
So, selesailah isu papan tanda lucah tu. Apa yang saya cuba nak bangkitkan di sini ialah berkenaan isu-isu lain yang telah lama dan banyak diadukan kepada pihak-pihak berkuasa yang sama juga. Semuanya isu-isu yang berlaku di Sg. Petani.
Terlalu banyak isu dan masalah antaranya rumah urut, pusat karaoke yang bercambah di tepi-tepi jalan, pusat-pusat judi, sarang-sarang penagih dadah. Banyak lagi la isu yang boleh disenaraikan. Baca sajalah dalam blog LANDAS.
Persoalannya sejauh mana isu-isu berkenaan cuba ditangani oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan?
No comments:
Post a Comment