Sunday, October 10, 2010

APA YANG ADA PADA 10.10.10?

Apa yang ada pada tarikh 10.10.10 iaitu hari ini ? Sebenarnya saya sendiri tak pasti apa yang ada dan istimewa pada hari ni. Cumanya tarikh tu ja yang saya nampak cantik.

Pada saya, istimewanya hari ni ialah saya akan hadir ke Majlis Sama' Ahadis oleh Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani di Masjid Bakar Arang, Sg. Petani...InsyaAllah. Memang agak teruja juga nak pi majlis Syeikh Muhammad ni. Sebab dah 5 lima tahun tak bersua muka dengan Syeikh Muhammad.

Masa di Mesir dulu memang kerap juga la dok ikut majlis-majlis pengajian Syeikh Muhammad. Seminggu 4 kali dok pi menadah kitab depan Syeikh Muhammad.

Mudah-mudahan dengan kehadiran Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani, Maulana Salman, Habib Musa Al-Kazim Ibn Jaafar As-Saggaf, Syeikh Jamal dan Syeikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki ke bumi jelapang padi ini akan menambahkan keberkatan dan keamanan kepada Kedah Darul Aman.

No comments:

Post a Comment